Pages

Friday, August 26, 2011

Saat akhir akan tiba.


Di saat aku termenung...

tetiba melihat siaran berita yang sungguh menyayatkan hati

hatiku berbisik..

"bancana alam sering sahaja berlaku? di jepun. Tsunami? tidak sudahkah lagi peperangan?"

tanpa henti-henti dunia kita berporak-peranda

seolah ia menjadi suatu petanda...

buat mereka yang beriman ataupun lapang dadanya..

mereka pasti ianya membawa petanda

bahawa dunia ini tidak lama lagi untuk didiami

oleh seluruh kalian makhluk

penciptanya sudah menjanjikan

saat akhir akan tiba

di mana yang tenang menjadi kelam

yang tenteram menjadi haru-biru

semuanya musnah berkecai

seperti tertulis dalam kitab suci

Al-Quran al-Karim

Apabila peristiwa ( kiamat ) telah terjadi, maka tiada seorang pun yang mendustakan kejadiannya, ketika itu ada orang yang rendah hina, kafir dan ada yang tinggi mulia, mukmin. apabila bergoncang bumi dengan sesungguh-sungguh goncangan. dan hancur gunung-gunung dengan sehancur-hancurnya, sehingga ia menjadi debu yang berterbangan dan ketika itu kamu ada tiga puak.

Dan begitulah akan tetjadi pada pengakhirannya...

bagi yang menyayangi Islam...

luangkan masamu untuk beramal

nasihatilah mereka yang masih leka..

kerana kita bersaudara..

kerana kita satu umat..

kerana kita satu moyangnya, Nabi Adam

kerana kita satu ketuanya, Nabi Muhammad SAW

kerana kita satu penciptanya, Allah yang maha Esa

Jangan nafikannya... jangan menidakkan ia..

Allah perhatikan tingkah lakumu..

Adakah kamu masih lagi melanggar perintah-Nya

Segeralah bertaubat...

Pohonlah kemaafan dari yang maha Esa..

Sementara jasad masih lagi bernyawa..

Kerana Allah maha Agung dan Maha Berkuasa..

Maha Pengampun Lagi Maha Penyayang..

Ia tetap mengampunkan hambanya yang bertaubat..

Jangan pada saat kematianmu..

menjadi satu celaka..

maka nerakalah pada akhirnya....

Sebarkanlah nasihat ini kpd seluruh umat Islam sbagai peringatan kpd mereka....Mirullifestory.XD





No comments:

Post a Comment