Pages

Thursday, August 25, 2011

Kekasih Dalam Konteks Islam Sebenar~

Berrcerita tntg konsep "kekasih" yg selalu dislhanggap oleh para muslimin muslimat pd hari ini. Secara fitrahnya, manusia mmpunyai perasaan ingin kasi-mengasihi, Allah telah mnciptakan manusia secara fitrah iaitu lelaki berkehndakkan prmpuan manakala perempuan berkhndkkn lelaki. kite kene ingat ape goal-setting kite:


Tuntut ilmu bersungguh-sungguh untuk mncapai keputusan yg cemerlang dalam apa sahaja bidang yang diceburi,, dalam masa yg sama menyeimbangkan ibadah di dunia da juga akhirat~


Tinggalkanlh bagi mereka yg telah terbuat perbuatan tersebut...Sesungguhnya ia adlh berdosa! Adakah kamu x menakuti dosa? " Berkasih sblm berkahwin"...Masya-Allah...Allah pasti murka dan bidadari di syurga pasti cemburu.....Bertaubat...dan segera mengucap....Pintu taubat sentiasa terbuka luas bagi mereka yg ini....
Tujuan mirul brkata isu ini adalh untuk mengingtkan kehidupn kita di dunia ini, yakni sebagai seorang perantau yg ingin mncari bekalan untuk dibawa ke tmpt asl yg lebih kekal abadi...Akhirat. Syurga merupakan destinasi terakhir @ 'last destination' yg patut kite b'usaha untuk mndptkannya....



KEINGINAN untuk cinta orang lain dan rase dicintai...
mmg la naluri setiap antara kite. Ia akan tetap begitu...lelaki akan tertarik pade perempuan dan perempuan pun same. samade orang tu dah lame kite kenal, atau baru je jumpe, naluri tu tetap ade. mgkn atas pelbagai sbb: die baik, lawa, pemurah, periang, peramah dan macam2 lagi..takkan adenye yang tak rase perasaan ni..mustahil! sbb dah menjadi fitrah manusia...jgn cube menafikannye tapi yang perlu adalah mengawalnye.
 

SALAH ke kalo suke kat seseorang?
takdela..mane ade salahnye..dah rase cinta tu..Allah yang bagi. tak salah menikmatinye. kalo tak, takkan adenye yang bernikah dan berkahwin untuk elak maksiat atau menyempurnakan separuh agamanye. tak salah kite suke, sayang, rindu kat seseorang...tapi, kesalahan2 yang dilakukan semase bercinta yang salah tuh! kesalahan camner? korang pun leh pk..berangan2kan orang tu, lebihkan die lebih dari Allah..satu care je nak jamin kite tak buat kesalahan..camner? bercinta lepas kahwin la, kgkwn! (susah2 gak..tapi, kalo korang tak nak buat kesalahan dan dapat kemurkaan Allah..kite mesti sanggup tunggu) kite sanggup buat ape2 saje demi die..tapi ingat, Allah paling penting dalam hidup kite..nak buat pape, Allah mesti kite consider. walaupun terpakse berpisah dgn awek/pakwe kite. mane lebih penting..cinta kite pade kekasih kite yang amat kite sayangi atau cinta kite pade tuhan kite (Allah) yang amat menyayangi dan memaafkan kite?



dalam ayat Al-Quran...


"sesungguhnye sume kebaikan dapat menghapuskan kesalahan2 kamu.." [11:114]

"sesungguhnya nafsu itu selalu dorong kepada kejahatan" [12:53]



Berkasih slps berkahwin, yakni halal dan dpt pahala.
Berkasih sblm berkahwin, yakni haram dn dpt Dosa.


Renungkan demi kepentingan diri di akirat nanti! Bye. wassalam.



NAK BERCINTA? MUJAHADAHLAH SIKIT, INGAT ALLAH !!
By ilmi-islam.com

Perkongsian :


“Akh, ana rasa ana ada masalah hatilah. Nak buat macam mana?”

“Tukarlah hati baru.”

“Hati baru? Antum ni berlawak ke?”

“Ei. Betul lah. Cuba tengok muka ana, serius tak?” sambil mengerut dahi dan menahan gelak.

+++

“Akh, antum mesti pernah dengar kata-kata Imam al-Ghazali apa dia kan?”

"Yang mana?”

“Ha nampak! Banyak sangat hafal sampai tanya yang mana satu.. Haha.”

“Heh, terajang karang.”

“Hehe.. ok ok. Macam ni. Kenapa ana kata antum kena cari hati baru, sebab hati lama antum tu antum sendiri mengaku ada problem. Benda-benda yang bermasalah ni janganlah disimpan lama-lama akh, jadi barah karang payah pula. Buang je jauh-jauh. Pastu, minta hati yang baru dengan Allah. Kata Imam al-Ghazali,

“Carilah hatimu di tiga tempat:
1) ketika membaca al-Qur'an
2) ketika solat
3) ketika mengingat kematian.
Jika di tiga tempat tersebut engkau belum menemukan hatimu, maka mohonlah kepada Allah untuk memberimu hati, sebab engkau sedang tidak mempunyainya!”
[Imam al-Ghazali]

“Itu ana dah try dah.”

“So? Masih tak ada hati lagi?”

“Entah lah.”

“Ok akhi, baik antum cerita sikit, apa masalah yang sebenarnya ni? Antum nak nikah ke?”

“Hehe. Lebih kurang lah.”

“Ha?! Betulkah?”

“Tidak lah. Tapi, lebih kuranglah.”

“Err.. Ana tak faham.”

+++

“Ana sebenarnya ada kenal dengan seorang budak perempuan ni. Kami..”

“Hah!! Couple?!”

“Eh. Rileks dulu. Tak habis cerita lagi..”

“Oh.. Ok ok. Teruskan bercerita.’

“Kami kenal tahun lepas. Masa pertandingan debat dekat sekola dia. Tapi, kenal-kenal gitu je lah. Tak ada apa-apa pun. Cuma sejak kebelakangan ni kami selalu berhubung. Itu yang ana risau ni.”

“Risau part yang mana? Debat?”

“Heh. Bukan debatlah! Ana risau sebab kami dah semakin kerap berhubung.”

“Akh, kalau antum berhubung itu atas sebab alasan yang syar’ie, tak ada masalah. Yang jadi masalah itu apabila antum dengan dia berhubung, mesej-mesej benda yang tidak penting. Sebab benda ni mungkin kecil akh, tapi ianya tetap akan membuka ruang dan peluang untuk antum berzina dengan dia. Hoho. Ekstrim gila analogi.”

“Hmm.. kami tak couple pun. Mesej pun macam mesej dengan member je. Gelak-gelak. Buat lawak. Tak ada pun mesej yang jiwang-jiwang.”

“Hmm.. Ok, tak kisahlah apa yang antum buat dengan dia. Ana nak tanya satu benda. Apa manfaatnya antum buat benda ni?”

“…”

“Adakah antum menjadi lebih beriman? Ana rasa tidak., sebab antum sendiri dah mengaku antum ada masalah hati.”

“Tapi, kami selalulah juga tukar-tukar mesej bagi tazkirah. Kejutkan subuh. Solat.”

“Hah. Lagi berat ni..”

“Kenapa?”

“Antum suka kat dia?”

“Kena jawab kah soalan ni?”

“Heh. Sukalah tu. Akhi, ana harap antum dapat istighfar cepat-cepat. Mohon ampun pada Allah.”

“Ana tak faham..”

“Mohon ampun pada Allah sebab dalam hati antum sekarang ni telah wujudnya cinta yang lain selain Allah. Itu sangat bahaya, akhi..”

+++

“Akh, salahkah sukakan seorang perempuan.”

“Ana quote kata-kata Ustaz Emran je lah mudah..”

"Cinta itu tidak berdosa tetapi manusia yang bercinta itulah yang membuat dosa jadi bezakanlah antara cinta dan perbuatan manusia ketika bercinta. Oleh itu nasihat saya buat mereka yang jatuh cinta atau sedang mencintai seseorang maka jadikanlah cinta anda itu sebagai cinta yang membuahkan pahala. Orang yang beriman apabila mencintai seseorang maka orang yang dicintai itu akan mendapat kebaikan daripada keimanannya!"
[Emran bin Ahmad]

“Maknanya?”

“Cinta itu fitrah, akhi. Dan Islam itu bukanlah agama yang mengharamkan fitrah. Gila apa nak haramkan fitrah manusia.”

"Dijadikan indah pada manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, iaitu: wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas dan perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia; dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik (syurga).”
[QS Ali ‘Imran, 3:14]

“Tapi, Islam itu turun semata-mata untuk menyempurnakan akhlak, menetapkan sesuatu peraturan agar sesuatu yang bernilai dan sangat berharga itu tidaklah dicemari dengan kekhilafan serta kebodohan manusia macam kita ni.”

“…”

“Nak menyukai seorang wanita itu tidak ada masalah. Tapi, antum kena ingat. Hidup kita ini ibadah. Cinta itu juga ibadah. Maka ibadah kehidupan ini akan menjadi lebih indah jika dihiaskan dengan ibadah cinta yang benar. Jadi akhi, janganlah kita campuri ibadah yang sangat indah itu tadi dengan nilai-nilai kemaksiatan.”

“Tapi, kami tak couple..”

“Antum selalu messaging dia kan?”

“Ya.”

“Call?”

“Kadang-kadang..”

“Antum ada perasaan kat dia?”

“Sikit.”

“Sikit?? Ok, tak pe, dan dia juga seolah-oleh melakukan hal yang sama pada antum. Betul kan?”

“Err..”

“Betulkan?”

“Ya lah kot.”

“Itu couplelah namanya.”

“Kenapa pula?”

“Dari sudut pandang ana, couple ini apabila seorang lelaki dan seorang itu berhubungan untuk hal-hal yang tidak penting atau tidak perlu. Mereka mungkin chatting, messaging macam kawan biasa, tetapi lambat laun yakinlah bahawa mereka itu nanti akan terjerumus dalam perangkap yang mungkin mereka sendiri tidak merasakan itu sebagai perangakap. Sebab perbuatan dosa dan maksiat itu sangat indah. Terutamanya apabila syaitan sudah menjadi tangan yang mengatur, bukan lagi iman yang menjadi percaturan.”

“Dan demikian Kami jadikan bagi tiap-tiap nabi itu musuh, iaitu syaitan-syaitan (dari jenis) manusia dan (dari jenis) jin, sebahagian mereka membisikkan kepada sebahagian yang lain perkataan-perkataan yang indah untuk menipu (manusia). Jikalau Tuhanmu menghendaki, nescaya mereka tidak mengerjakannya, maka tinggalkanlah mereka dengan apa yang mereka ada-adakan.”
[QS Al-An’am, 6:112]

“Syaitan dalam bentuk jin mahupun kawan-kawan kita ni akan sentiasa berusaha membisikkan perkataan yang indah sebagai tipuan, akhi. Dan antum tanyakan dalam diri antum sendiri. Adakah antum termasuk dalam golongan-golongan mereka yang tertipu sekarang ni.”

“…”

“Aku bukan couple, tak declare pun. Aku tak jumpa dia pun, setakat suka-suka je mesej-mesej gitu. Macam-macam lagilah alasan yang akan diilhamkan syaitan kepada kita nanti demi untuk membenarkan perbuatan yang salah itu.”

“Tapi, kami tak ada apa-apa pun.”

“Kalau benar tak ada apa-apa, maka antum kena pastikan antum benar-benar tak ada apa-apa dengan dia lagi lah lepas ni. Tak ada mesej-mesej. Tanya khabar masih boleh, tapi setakat itu sahaja. Tambahan, dia duduk kat Perlis, antum Perak. Huh, tak ada keperluan yang mendesak pun ana rasa yang boleh dibincangkan bersama. Dua-dua masih sekolah lagi tu. Nak SPM lak tu. Adeh.”

“Hmm..”

+++

“Akh, tanyakan semula pada diri antum. Siapa sebenarnya cinta dalam diri antum? Kalau benar Allah. Cuba tanyakan lagi, adakah antum dah cukup berbuat demi membuktikan cinta antum pada Dia. Kalau sudah. Tanyakan lagi, kenapa antum perlu mencintai Dia?”

“….”

“Selesaikan dahulu urusan cinta antum dengan Allah. Insya-Allah, Allah akan selesaikan urusan cinta kita di dunia ni.”

“Tapi, nanti dia kecil hati pula. Kata ana sombonglah, kolot. Atau dia nak pi bunuh diri ke nanti. Macam mana?”

“Antum nak biar dia kecil hati dengan antum, atau antum nak biar Allah yang kecil hati dengan antum? Lagi satu, akhi. Kalau benar sekalipun Islam ini agama yang kolot dan ketinggalan zaman, maka ana bangga menjadi orang yang kolot dan ketinggalan zaman. Kerana ianya agama dari Allah. Dia nak bunuh diri? Biar jelah, itu masalah dia. Jangan dia bunuh antum sudah. Hehe.”

“…”

“Hehe. Rileks.. Hisab balik diri antum. Antum kat mana sebenarnya ni? Bersihkan balik diri antum. Dekatkan semula diri antum dengan Allah.”

+++

“Ok lah akh, Islam agama yang mudah. Jadi, kalau antum benar-benar nak bercouple juga. Cuba tengok surah yang ke-24, ayat ke-32.”

“Dan nikahkanlah orang-orang yang bujang di antara kamu, dan orang-orang yang layak (bernikah) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan hamba-hamba sahayamu yang perempuan. Jika mereka miskin Allah akan mampukan mereka dengan kurnia-Nya. Dan Allah Maha Luas lagi Maha Mengetahui.”
[QS an-Nuur, 24:32]

“Alah, nikah ke?”

“Kalau tak nak nikah, antum kena tengok pula kepada surah ke-24 juga, ayat ke-30.”

“Katakanlah kepada laki-laki yang beriman. Agar mereka menjaga pandangannya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu lebih suci bagi mereka. Sungguh Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat.”
[QS an-Nuur, 24:30]

“Heh. Sama je..”

“Maka antum kena jaga pandangan antum. Baik pandangan lahir melalui mata. Mahupun pandangan secara halus melalui hati antum. Kalau tak nak juga, berbalik kepada step pertama tadi. Surah ke-24, ayat ke-32.”

"Beratlah, akh."

"Alah. Macam budak-budak kecil. Mujahadah lah sikit!"

"Tiada seorang Muslim yang melihat wanita lalu dia memejamkan matanya, melainkan ALLAH swt akan memberi pada rasa lezat beribadah di hatinya."
[HR Ahmad dan Al-Tabrani]

renung-renungkan dan selamat beramal !
Jika rasa artikel ini memberi manfaat. 


No comments:

Post a Comment