Pages

Monday, August 29, 2011

Syukur Tanda Orang Beriman~



Aku bermimpi suatu hari aku pergi ke syurga dan seorang malaikat menemaniku serta menunjukkan keadaan di syurga.

Kami berjalan memasuki suatu ruang kerja yang penuh dengan para malaikat.
Malaikat yang menghantarku berhenti di depan ruang kerja pertama danberkata,”Ini adalah Seksyen Penerimaan. Disini, semua permintaan
yang ditujukan pada Allah, diterima”.

Aku melihat sekeliling tempat ini dan aku dapati tempat ini begitu sibuk dengan begitu banyak malaikat yang mengamati seluruh permohonan yang tertulis pada kertas dari manusia di seluruh dunia.

Kemudian, aku dan malaikat tersebut berjalan lagi melalui koridor yang panjang. Lalu sampailah kami pada ruang kerja kedua.

Malaikat-ku berkata, “Ini adalah Seksyen Pembungkusan dan Pengiriman. Disini, kemuliaan dan rahmat yang diminta manusia diproses dan dikirim ke manusia-manusia yang masih hidup yang memintanya”.

Aku perhatikan lagi betapa sibuknya ruang kerja itu. Ada banyak malaikat yang bekerja begitu keras kerana ada begitu banyaknya permohonan yang dimintakan dan sedang dipaketkan untuk dikirim ke bumi.

Kami melanjutkan perjalanan lagi hingga sampai pada hujung terjauh koridor panjang tersebut dan berhenti pada sebuah pintu ruang kerja yang sangat kecil.

Yang sangat mengejutkan aku, hanya ada satu malaikat yang duduk disana, hampir tidak melakukan apapun.

“Ini adalah Seksyen Penerimaan Pernyataan Terima Kasih”, kata Malaikatku perlahan. Dia tampak malu.

“Bagaimana ini? Mengapa hampir tidak ada pekerjaan disini?”, tanyaku.

“MENYEDIHKAN”, Malaikat-ku menghela nafas. ” Setelah manusia menerima rahmat yang mereka minta, sangat sedikit manusia yang mengirimkan pernyataan terima kasih”.

“Bagaimana manusia menyatakan terima kasih atas rahmat Tuhan?”, tanyaku.

“SEDERHANA sekali”, jawab Malaikat.

“Cukup berkata, ‘ALHAMDULILLAHI RABBIL AALAMIIN, Terima kasih, ALLAH’ “.

“Lalu, rahmat apa saja yang perlu kita SYUKURI?”, tanyaku.

Malaikat-ku menjawab,

~► Jika engkau mempunyai makanan di peti sejukmu, pakaian yang menutup tubuhmu, atap di atas kepalamu dan tempat untuk tidur, maka engkau lebih kaya dari 75% penduduk dunia ini.

~► Jika engkau memiliki wang di bank, di dompetmu, dan wang baki, maka engkau berada diantara 8% kesejahteraan dunia.

~► Dan jika engkau mendapatkan pesan ini di komputermu, engkau adalah bahagian dari 1% di dunia yang memiliki kesempatan itu.

~► Juga, jika engkau bangun pagi ini dengan lebih banyak kesihatan daripada kesakitan…Engkau lebih dirahmati daripada begitu banyak orang di dunia ini yang tidak dapat bertahan hidup hingga hari ini.

~► Jika engkau tidak pernah mengalami ketakutan dalam perang, kesepian dalam penjara, kesengsaraan penyiksaan, atau kelaparan yang amat sangat..maka, engkau lebih beruntung dari 700 juta orang di dunia.

~► Jika, engkau dapat menghadiri Masjid atau pertemuan keagamaan tanpa ada
ketakutan akan penyerangan, penangkapan, penyiksaan, atau kematian. Maka, engkau lebih dirahmati daripada 3 juta orang di dunia.

~► Jika, orangtuamu masih hidup dan masih berada dalam ikatan pernikahan..maka, engkau termasuk orang yang sangat jarang menerima keuntungan itu dari ALLAH.

~► Jika engkau dapat menegakkan kepala dan tersenyum, maka, engkau bukanlah seperti orang kebanyakan, engkau unik dibandingkan semua mereka yang berada dalam keraguan dan keputus asaan.

~► Jika engkau dapat membaca pesan ini, maka engkau menerima rahmat ganda iaitu bahwa seseorang yang mengirimkan ini padamu, berpikir bahwa engkau orang yang sangat istimewa baginya, dan bahwa, engkau lebih dirahmati daripada lebih dari 2 juta orang di dunia yang bahkan tidak dapat membaca sama sekali.

Nikmatilah hari-harimu, hitunglah rahmat yang telah Allah anugerahkan kepadamu..dan jika engkau berkenan, kirimkan pesan ini ke semua teman-temanmu untuk mengingatkan mereka betapa dirahmatiNya kita semua..

Ditujukan kepada :
Seksyen Pernyataan Terima Kasih:

“Terima kasih..Allah atas anugerahMu berupa kemampuan untuk menterjemahkan dan berkongsi pesan ini serta memberikan aku begitu banyak teman-teman yang istimewa untuk saling berkongsi NASIHAT yang baik.




Saturday, August 27, 2011

Manisnya Iman~



Sabda Rasulullah S.A.W.: "Tiga perkara yang barangsiapa terdapat (ketiga-tiga perkara itu) padanya nescaya dia memperolehi kemanisan Iman (iaitu)Allah dan Rasul-Nya adalah lebih dia cintai daripada selainnya, dan dia mencintai seseorang semata-mata kerana Allah, dan dia benci untuk kembali kepada kekufuran (maksiat) sebagaimana dia benci dilemparkan ke dalam Api Neraka." (Hadis Sahih Riwayat Bukhari dan Muslim)
Sahabat-sahabatku, marilah sentiasa tanamkan dalam hati kita tiga sifat ini (yang tersebut dalam hadis di atas) agar 'kemanisan Iman' itu benar-benar dirasai.
Mengapa perlunya kemanisan Iman? Kerana dengan kemanisan Iman, kita tidak pernah mengeluh dengan keletihan dan kepenatan dalam berdakwah. Dengan kemanisan Iman, kita sentiasa redha dan tawakal dengan semua ujian yang Allah berikan kepada kita. Dengan kemanisan Iman, kita sentiasa bersiap siaga untuk Islam.
Kadang kala, kita terasa penat dan lemah dalam berdakwah. Kadang kala kita merasakan yang kita telah banyak menyumbang untuk Islam tetapi apa yang kita dapat hanyalah keletihan, kesedihan dan sebagainya.
Kadang kala mad'u kita kelihatan seperti tidak menghargai apa yang kita kongsikan. Kadang kala sahabat-sahabat lain pun kurang acknowledge kerja kita.
"Maka tidak seorang pun mengetahui apa yang disembunyikan untuk mereka iaitu (bermacam-macam nikmat) yang menyenangkan pandangan mata sebagai balasan terhadap apa yg mereka kerjakan" [32:17]Tetapi ingatlah, kerja dakwah ini bukan kerja dengan manusia tetapi kerja dengan Allah.Dengan kemanisan Iman, hanya kepada Allah kita meletakkan sepenuh pengharapan. Dengan kemanisan Iman, kita akan sentiasa yakin dan percaya dengan 'the hidden blessings' yang Allah janjikan.
Marilah sama-sama kita bermujahadah menuju kepada kemanisan Iman dalam beramal. Mudah-mudahan hati kita sentiasa tenang dan redha dalam menegakkan kalimah Allah di atas muka bumi ini.

Friday, August 26, 2011

Wasiat dari penjaga makam Nabi Muhammad SAW~



Ini adalah surat wasiat dari penjaga makam Nabi Muhammad SAW iaitu Sheikh Ahmad Maeine (Saudi Arabia.Pada suatu malam ketika membaca Al-Quran di makam Rasulullah SAW. Selepas membaca lalu hamba tertidur, dalam tidur hamba bermimpi didatangi Rasulullah SAW lalu bersabda kepada hamba, dalam 60 000 orang yang meninggal dunia di zaman ini tiada seorang pun yang matinya dalam keadaan beriman.

(a)isteri tidak mendengar kata suami.

(b)orang kaya tidak lagi bertimbang rasa.

(c)orang tidak lagi berzakat dan tidak membuat kebajikan.

Oleh itu wahai Sheikh Ahmad, hendaklah kamu menyedarkan kepada orang Islam ini supaya membuat kebajikan, kerana hari penghabisan(Qiamat) akan tiba di mana bintang akan terbit dari langit, sesudah itu matahari akan turun di atas kepala.

PESANAN HAMBA INI

(a) berselawat - untuk junjungan Nabi kita Muhammad SAW.

(b) bertaubatlah - dengan segera sementara Pintu Taubat masih terbuka.

(c) Bersembahyanglah

(d) berzakat - jangan ditinggalkan.

(e) Menunaikan Fardhu haji - bila berkemampuan.

(f) Jangan menderhaka kepada kedua ibu bapa.





Sebarkanlah berita ini..silakan mencetak untuk perkongsian ilmu~



~TANDA-TANDA CINTA KEPADA ALLAH~



Ramai orang berkata ia Cinta kepada Allah Subhanahuwa Taala.  Katanya itu hendaklah diuji sama ada tulen atau hanya palsu.

Ujian pertama ialah;  Dia hendaklah tidak benci kepada mati kerana tidak ada orang yang enggan bertemu dengan sahabatnya.  Nabi Muhammad saw bersabda;
"Siapa yang ingin melihat Allah,  Allah ingin melihat dia."
Memang benar ada juga orang yang ikhlas cintanya kepada Allah berasa gentar apabila mengingat kedatangan mati sebelum ia siap membuat persediaan untuk pulang ke akhirat,  tetapi jika betul-betul ikhlas adia akan bertambah rajin berusaha lagi untuk membuat persediaan itu.
Ujian kedua ialah ia mestilah bersedia mengorbankan kehendaknya untuk menurut kehendak Allah dan sedaya upaya menghampirkan diri kepada Allah dan benci kepada apa sahaja yang menjauhkan dirinya dengan Allah.  Dosa yang dilakukan oleh seseorang itu bukanlah bukti ia tidak cinta kepada Allah langsung tetapi itu membuktikan yang ia tidak menyintai Allah sepenuh jiwa raganya.  Fudhoil bin Iyadh seorang wali Allah berkata kepada seorang lelaki;
"Jika sesiapa bertanya kepada mu samada kamu cinta kepada Allah,  hendaklah kamu diam kerana jika kamu kata:  "Saya tidak cinta kepadaNya",  maka kamu kafir dan jika kamu berkata,  "Saya cinta",  maka perbuatan kamu berlawanan dengan katamu."
Ujian yang ketiga ialah ingat kepada Allah itu mestilah sentiasa ada dalam hati manusia itu tanpa ditekan atau diusahakan benar,  kerana apa yang kita cinta itu mestilah sentiasa kita ingat.  Sekiranya cinta itu sempurna,  ia tidak akan lupa yang dicintainya itu.  Ada juga kemungkinan bahawa sementara cinta kepada Allah itu tidak mengambil tempat yang utama dalam hati seseorang itu,  maka cinta kepada menyintai Allah itu mungkin mengambil tempat jua,  kerana cinta itu satu perkara dan cinta kepada cinta itu adalah seperkara lain pula.
Ujian keempat kemudian menunjukkan adanya cinta kepada Allah ialah bahawa seseorang itu cinta kepada Al-Quran,  iaitu Kalam Allah,  dan cinta kepada Muhammad iaitu Rasul Allah.  Jika cintanya benar-benar kuat,  ia akan cinta kepada semua orang kerana semua manusia itu adalah hamba Allah.  Bahkan cintanya meliputi semua makhluk,  kerana orang yang kasih atau cinta kepada seseorang itu tentulah kasih pula kepada kerja-kerja yang dibuat oleh kekasihnya itu dan cintanya juga kepada tulisan atau karangannya.
Ujian kelima ialah ia suka duduk bersendirian untuk maksud beribadat dan ia suka malam itu lekas datang agar dapat berbicara dengan rakan atau sahabatnya tanpa ada yang menggangu.  Jika ia suka berbual-bual di siang hari dan tidur di malam hari maka itu menunjukkan cintanya tidak sempurna.  Allah berfirman kepada Nabi Daud,
"Janganlah terlampau karib dengan manusia,  kerana ada dua jenis manusia tersingkir dari MajlisKu:  iaitu mereka yang bertungkus mencari ganjaran dan menjadi pemalas apabila mereka mendapat ganjaran itu;  dan mereka yang mementingkan diri mereka sendiri lalu melampaui aku.  Tanda tidak redhanya aku ialah aku biarkan mereka begitu sahaja."
Pada hakikatnya,  jika cinta kepada Allah itu benar-benar mengambil tempat seluruhnya didalam hati seseorang itu,  maka cintanya kepada yang  lain itu tidak akan dapat mengambil tempat langsung ke dalam hati itu.  Seorang dari Bani Israel telah menjadi kebiasaan sembahyang di malam hari.
Tetapi apabila melihat burung bernyanyian di sepohon pokok dengan merdu sekali,  dia pun sembahyang di bawah pokok itu supaya dapat menikmati nyanyian burung itu.  Allah menyuruh Nabi Daud pergi berjumpa dia dan berkata,
"Engkau telah mencampurkan cinta kepada nyanyian burung dengan cinta kepadaKu,  Martabat engkau di kalangan Auliya' Allah telah diturunkan,"
Sebaliknya ada pula orang yang terlalu cinta kepada Allah, suatu hari sedang ia melakukan ibadatnya kepada Allah rumahnya telah terbakar,  tetapi ia tidak nampak dan sedar rumahnya terbakar.
Yang keenam ialah ibadatnya menjadi senang sekali.  Seorang Wali Allah ada berkata,
"Dalam tiga puluh tahun  yang pertama saya melakukan sembahyang malam dengan susah payah sekali,  tetapi tiga puluh yang kedua sembahyang itu menjadi seronok dan lazat pula kepada saya."  Apabila cinta kepada Allah itu sempuna,  maka tidak ada kesoronokan yang setandimg dngan keseronokan ibadat.
Yang ketujuh ialah orang yang cinta kepada Allah itu akan cinta kepada mereka yang taat kepada Allah dan mereka benci kepada orang-orang kafir dan orang-orang yang derhaka kepada Allah.  Al-Quran mnyatakan"mereka itu bersikap kasar kepada orang-orang kafir dan berkasih sayang sesama mereka sendiri."  Suatu masa,  Nabi bertanya kepada Allah,  "Wahai Tuhan,  siapakah kekasihmu?"  Terdengarlah jawapan,
"Siapa yang berpegang teguh kepadaKu seperti bayi dengan ibunya,  mengmbil perlindungan dengan MengingatiKu seperti burung mencari perlindungan disarangnya,  dan yang marah melihat dosa seperti singa yang marah yang tidak takut kepada apa dan siapa pun."




Mujahadah~

Apa gunanya kalau mempunyai akal sekiranya tidak dpt mmbezakan antara yang baik dan yg buruk~
Apa gunanya kalau mempunyai hati sekiranya tidak dapat merasai nikmat kurniaan Allah dan bersyukur serta tidak mengeluh~
Apa gunanya kalau mempunyai harta yang banyak sekiranya tidak digunakan ke jalan yang baik demi memartabatkan agama sendiri~
Apa gunanya mempunyai mata sekiranya tidak mahu melihat kebesaran Allah dan mengakuinya dgn sepenuh hati~
Apa gunanya mempunyai anak yang ramai jika tidak diasuh dengan didikan agama serta dibiar terjerumus ke lembah kehinaan~
Apa gunanya mempunyai wajah yang cantik dan bersih jika tidak memberi senyuman kpd umat manusia serta hanya berbangga~
Apa gunanya??


Sama-sama kita bermuhasabah..supaya diberi rahmat dan petunjuk dr Allah.. Ya Rabbul Izzati.. Amin~


12 barisan di Alam Padang Mahsyar oleh Rasulullah SAW~

 Suatu ketika, Muaz bin Jabal r. a menghadap Rasullullah s. a. w dan bertanya: “Wahai Rasullullah, tolong huraikan kepadaku mengenai firman Allah saw: “Pada saat sangkakala ditiup, maka kamu sekalian datang berbaris-baris” -(Surah an-Naba’:18) Mendengar pertanyaan itu, baginda menangis hingga basah pakaiannya. Lalu Baginda menjawab:”Wahai Muaz, engkau telah bertanyakan kepada aku, perkara yang amat besar, bahawa umatku akan digiring, dikumpulkan berbaris-baris menjadi 12 barisan, masing-masing dengan pembawaan mereka sendiri. Maka dinyatakan apakah 12 barisan berkenanaan iaitu:

BARISAN PERTAMA Diiringi dari kubur dengan tidak bertangan dan berkaki. Keadaan mereka ini dijelaskan melalui satu seruan dari sisi Allah Yang Maha Pengasih: ” Mereka itu adalah orang-orang yang ketika hidupnya menyakiti hati jirannya, maka ini balasannya, dan tempat kembali mereka adalah neraka.

BARISAN KEDUA Diiringi dari kubur berbentuk babi hutan. Datanglah suara dari sisi Allah yang maha pengasih: “Mereka itu adalah orang yang ketika hidupnya meringankan solat, maka inilah balasannya, dan tempat kembalinya adalah neraka.

BARISAN KETIGA Mereka berbentuk keldai, sedangkan perut mereka penuh dengan ular dan kala jengking. “Meraka ini adalah orang yang enggan membayar zakat, maka inilah balasannya, dan tempat kembali mereka adalah neraka..

BARISAN KEEMPAT Diiringi dari kubur dengan keadaan darah seperti air pancutan keluar dari mulut mereka. “Mereka ini adalah orang yang berdusta didalam jual beli, maka inilah balasannya, dan tempat mereka adalah neraka..

BARISAN KELIMA Diiringi dari kubur dengan bau busuk daripada bangkai. Ketika itu Allah s. a. w menurunkan angin sehingga bau busuk itu mengganggu ketenteraman di Padang Mahsyar. “Mereka ini adalah orang yang menyembunyikan perlakuan derhaka takut diketahui manusia, tetapi tidak pula rasa takut kepada Allah s. a. w, maka inilah balasannya, dan tempat kembali mereka adalah neraka.

BARISAN KEENAM Diiringi dari kubur dengan keadaan kepala mereka terputus dari badan. “Mereka adalah orang yang menjadi saksi palsu, maka inilah balasannya, dan tempat kembali mereka adalah neraka.

BARISAN KETUJUH Diiringi dari kubur tanpa mempunyai lidah dari mulut mereka mengalir keluar nanah dan darah. “Meraka itu adalah orang yang enggan memberi kesaksian di atas kebenaran, maka inilah balasannya, dan tempat kembali mereka adalah neraka.

BARISAN KELAPAN Diiringi dari kubur dalam keadaan terbalik degan kepala kebawah dan kaki keatas. ” Meraka adalah orang yang berbuat zina, maka inilah balasannya, dan tempat kembali mereka adalah neraka.. “BARISAN KESEMBILAN Diiringi dari kubur dengan berwajah hitam gelap dan bermata biru , sementara dalam diri mereka penuh dengan api gemuruh. ” Mereka itu adalah orang yang makan harta anak yatim dengan cara haram, maka inilah balasannya, dan tempat kembali mereka adalah neraka.

BARISAN KESEPULUH Diiringi dari kubur mereka dalam keadaan tubuh mereka penuh dengan sopak dan kusta. “Mereka adalah orang yang derhaka kepada orang tuanya, maka inilah balasannya, dan tempat kembali mereka adalah neraka..

BARISAN KESEBELAS Diiringi dari kubur mereka dengan berkeadaan buta, gigi mereka memanjang seperti tanduk lembu jantan, bibir mereka melebar sampai kedada dan lidah mereka terjulur memanjang sampai keperut, dan keluar beraneka kotoran. “Mereka adalah orang yang minum arak, maka inilah balasannya, dan tempat kembali mereka adalah neraka

BARISAN KEDUA BELAS Mereka diiringi dari kubur dengan wajah yang bersinar-sinar laksana bulan purnama. Mereka melalui titian sirat seperti kilat. Maka, datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih memaklumkan: “Mereka adalah orang yang beramal soleh dan banyak berbuat baik. Mereka menjauhi perbuatan derhaka, mereka memelihara solat lima waktu, ketika meninggal dunia keadaan mereka bertaubat, maka inilah balasannya, dan tempat kembali mereka adalah syurga, mendapat keampunan, kasih sayang, dan keredhaan Allah yang maha pengasih.
 

Marah pembuka pintu perbuatan syaitan~

Siapa yang menahan marah, padahal ia boleh melepaskan kemarahannya, maka kelak pada hari kiamat, Allah akan memanggilnya di depan sekalian makhluk. Kemudian, disuruhnya memilih bidadari sekehendaknya." (HR. Abu Dawud - At-Tirmidzi)..




haha... sudah menjadi kebiaasaan bahawa setiap individu dalam sesuatu organisasi mempunyai perasaan marah yang membuak-buak disebabkan ketidakpuasan hati terhadap sesuatu organisasi. Namun, apa salahnya jika perasaan marah tersebut ditahan sebaliknya bersabar...

Tidak rugi sekiranya bersabar..
'Rasulullah bersabar walaupun rumahnya dibaling dengan tahi oleh orang bukan Islam'

Rugi sekiranya hidup dibelenggu perasaan marah yang berpanjangan..

Take 2 minutes to think about this...
This 2 minutes vital for your future and hereafter..

Kata-kata Indah dipetik Daripada 'Bahagiakan Hatimu'~


Buku ini menceritakan mengenai kepentingan mempunyai hati yang suci. Hati yang suci mencerminkan keperibadian seseorang. Buku ini memuatkan sedikit informasi dan cara membersihkan hati bertepatan dengan kehendak Islam dan ajaran yang betul berpandukan Al-Quran.



Sangat menarik saya kira kerana dapat memuhasabah diri kita disamping menambah sedikit pengajaran dan iktibar daripada kisah-kisah nabi dan para sahabat.


"Sesungguhnyadalam diri manusia itu ada seketul daging. Apabila daging itu baik, maka baiklah seluruh anggota, dan apabila daging itu rosak, maka rosaklah seluruh anggota. Ketahuilah bahawa itulah hati"

direkodkan oleh Bukhari dan Muslim.


Petikan-petikan ayat yang indah.

Sesungguhnya dunia berjalan perlahan dan akhirat semakin dekat. Kedua-duanya mempunyai penghuni masing-masing. Oleh yang demikian, jadilah penghuni akhirat dan jangan terlalu memuja keduniaan. Sesungguhnya, dunia tempat beramal bukan tempat perhitungan, sedangkan esok (akhirat) adalah tempat perhitungan bukan tempat berbuat kebajikan.



Mereka yang bersih hatinya menjadikan zikir sebagai amalan harian. Amalan berzikir membuatkan mereka sentiasa rindu kepada-Nya kerana dengan cara ini sahaja mereka memperoleh kenikmatan dan kebahagiaan hdup.



Umar bin Khattab pernah berkata.
Nilailah diri kamu sebelum diri kamu dinilai, dan timbanglah diri kamu sebelum diri kamu ditimbang. Apa yang kamu lakukan itu lebih mudah bagi kamu kemudian apabila kamu menilai diri sendiri sekarang. Dan bersedialah untuk sebuah pertunjukan besar hari itu (akhirat) kerana kamu semua akan dipertontonkan, tidak ada satu pun yang tersembunyi.


Hati yang jernih:
Mempunyai hati yang terang. Mudah menerima perintah Allah tanpa banyak alasan dan soalan. Seolah-olah ada cahaya yang menerangi dan terhindar daripada kegelapan. Sentiasa bersedia menerima kebenaran dan meninggalkan kesilapan. Mereka ini orang yang beriman, terhindar daripada perkara menyesatkan dan merosakkan iman.


Hati yang Gelap
Tidak mahu langsung beriman kepada Allah (kafir). Jauh daripada menerima hidayah dan petunjuk Allah. Hati terlalu sukar untuk menerima kebenaran dan masih berada dalam kesesatan. Sesungguhnya, hati mereka telah 'tertutup' serapat-rapatnya. Hati tertutup, telinganya tuli, penglihatannya kabur dan gelap serta memalingkan muka dan tidak mempedulikan mereka yang meminta mereka berbuat kebaikan.


Hati yang berkarat
Bagi mereka yang bersifat munafik. Pada mata kasarnya, beriman sebaliknya hatinya kufur pada perintah Allah. Sering melakukan perkara tidak berpandukan ajaran agama sebenar. Suka mengikut kehendak sendiri.
Lebih merelakan diri menjadi pengikut syaitan. Hati mereka ibarat besi yang sudah berkarat dan sukar dikembalikan kepada bentuk yang asal.


Hati yang ragu.
Hati separa beriman, yakni tidak sepenuhnya beriman kepada Allah. Masih ragu-ragu kerana hati belum mendapat cahaya petunjuk. Belum menerima kebenaran dan cenderung melakukan kejahatan. Hati masih tertutup dalam menerima kebenaran. Apabila hati cenderung melakukan kebaikan, mreka lakukan. Hati yang berbelah-bagi.



Tanda-tanda hati yang bersih
Hati yang sentiasa dekat dengan Allah. Mendapat petunjuk dan mengikuti jalan jalan kebenaran. Makanan membuatkan hati yang bersih adalah iman, ubat bagi hati adalah Al-Quran dan resepi bagi hati beriman ialah takwa. Mereka yang bersih hatinya, sentiasa meninggalkan kesenangan dunia dan cenderung kepada akhirat. Mereka menempatkan diri di akhirat seolah-olah mereka sebahagian penduduk di sana. Mereka menganggap dunia ini terlau asing.

Hati mereka sentiasa mengingati pemiliknya hingga kembali kepada Allah. Seperti mabuk cinta, sentiasa merindui kekasih mereka.

Kata-kata Indah Dipetik Dari 'Quranic Law of Attraction'~



Buku ini menggalakkan untuk menyerlah potensi diri secara optimum dengan kuasa tarikan berteraskan Quran. Mierul tertarik apabila penulis menerangkan dengan secara terperinci bagaimana Al-Quran bertindak balas dengan diri kita melalui getaran-getaran positif yang dialirkan oleh alam sekitar kepada kita apabila kita membacanya. Seterusnya, membawa perubahan positif kepada diri kita. Ia menggabungkan konsep doa, syukur dan sabar dalam meraih kehidupan yang lebih harmoni seiring dengan bacaan Al-Quran dengan kaedah tertentu.

Petikan Ayat

"besar kemungkinan, doa kita belum terkabul kerana Tuhan mencintai kita. Tuhan tidak mahu melihat kita kesusahan jika doa itu dikabulkannya. Dengan kata lain ,apa yang kita sangka baik, belum tentu baik untuk diri kita. Sebaliknya, apa yang kita benci mungkin mejadi perkara terbaik dalam hidup kita." m/s 34

"Quran adalah buku panduan kehidupan yang sempurna, lengkap dan tidak ada keraguan di dalamnya. Apabila kita merujuk Al-Quran, kita tentu terkejut kerana ternyata Quran memberi banyak penyelesaian dalam menangani segala masalah kehidupan." m/s 100

"Apa yang ada disisimu akan lenyap apa yang ada di sisi Allah adalah kekal. Dan kami pasti memberi balasan kepada orang yang sabar dengan pahala yang lebih baik daripada apa yang sudah mereka kerjakan." m/s 102


" Sayed Qutb dalam Fi Zhilalil-Quran, menegaskan orang yang hidup di bawah naungan Quran dapat merasakan dan menemui surah-surah yang mempunyai keperibadian tersendiri, unik, memiliki ciri-ciri khas, kaedah dan gaya bahasa tertentu, serta dapat memberi penyelesaian bagi setiap masalah." m/s 103

" Jika suara lidah sama dengan suara hati, Tuhan akan mengabulkan apa sahaja yang kita ingini. Sebaliknya jika suara lidah bertentangan dengan suara hati, doa kita akan tertunda ataupun tidak dikabulkan. Jadi, penting bagi kita menumpukan perhatian pada suara hati dan lidah yang saling bersinergi" m/s 32

"Dialah yang menjadikan bumi untuk kamu yang mudah dijelajahi, maka jelajahilah di segala penjurunya  dan makanlah sebahagian daripada rezekinya. Dan hanya kepadanyalah kamu dibangkitkan." (Surah Al-Mulk ayat 15) m/s 9

" Dan carilah (pahala) negeri akhirat dengan apa yang dianugerahkan oleh Tuhan kepadamu, tetapi janganlah kamu lupakan bahagianmu didunia dan berbuat baiklah (kepada orang lain) sebagaimana Tuhan berbuat baik kepadamu, dan janganlah kamu berbuat kerosakan di muka bumi. Sesungguhnya, Tuhan tidak menyukai orang berbuat kerosakan." (Surah al- Qashah ayat 77) m/s 9

" Sebaiknya-baiknya, syukur dan sabar perlu berjalan seiring. Syukur adalah hasil daripada kesabaran. Orang yang sentiasa bersabar, besar kemungkinan memiliki tahap kesyukuran yang setanding." m/s 71

" Tuhan tidak suka melihat hamba-hambanya memanjatkan doa kepadanya hanya ketika mereka ditimpa musibah dan apabila musibah pergi, mereka melupakannya. m/s 76


" Tumpukan perhatian pada apa yang saudara inginkan, dengan memaksimumkan perkara ini, keyakinan saudara menjadi semakin kuat. Saudara bertmabh yakin yang saudara dapat mencapai keinginan-keinginan saudara itu." m/s 85

Bila kita diuji~


  
 diuji sehingga rapuh, apakah akan membiar hingga roboh?
ALLAH S.W.T. berfirman,
“ Maha Suci ALLAH yang menguasai segala kekuasaan, dan DIAlah Yang MahaKuasa atas segala sesuatu, Yang Menciptakan hidup dan kematian, bagi melihat dari kalangan kamu siapakah yang terbaik amalnya. Dan DIA itu Maha Perkasa dan Maha Pengampun”
Bila kita diuji, apakah perasaan kita? Bila kita diuji dengan kesempitan wang, apakah yang sering menari di mulut kita? Bila kita diuji dengan kesakitan, apakah yang sering berlari di dalam pemikiran kita? Apabila kita diuji dengan musibah seperti kecurian, kematian dan sebagainya, apakah yang kita akan lakukan?
Biasanya manusia tidak suka diuji. Kerana, apabila diuji, pastinya ada kesukaran yang perlu dilangkahi, ada denau yang mencabar perlu direntasi. Apabila manusia diuji, maka akan terpamerlah segala kelemahannya. Apabila manusia diuji, maka akan terjerumuslah dia di dalam kancah kesukaran.
Ujian dan kesukaran, kesusahan seakan-akan telah menjadi sinonim dan sebati. Apabila disebutkan sahaja tentang ujian, maka akan kita kaitkannya dengan kesusahan. Hal ini menyebabkan kita menyambut segala jenis ujian yang ALLAH berikan kepada kita dengan sikap yang negative. Kita akan merungut, mengeluh, mencemuh, membenci dan menyumpah seranah setiap kali diuji, tidak kira ujian itu kecil atau besar.
Kadangkala, kita akan menyatakan di dalam hati kita, kenapa aku diuji?

Ya, kenapa kita diuji?
ALLAH S.W.T. menjawab,
“ Apakah manusia mengira, mereka dibiarkan menyatakan kami beriman, sedangkan mereka itu belum diuji?”
Ya, ALLAH menyediakan pelbagai ujian kepada kita, ALLAH menguji kita, semata-mata adalah untuk menguji keimanan kita. Sesungguhnya manusia ini sedang menuju salah satu dari dua tempat perngakhiran. Syurga atau neraka. Jika kita merujuk kitab-kitab yang menyatakan perihal syurga, pastinya kita akan terpegun kagum dengan kehebatan syurga yang langsung tidak dapat kita gambarkan kehebatannya.
Ada satu riwayat menceritakan bahawa hebtanya syurga itu sehinggakan apabila manusia memasukinya buat pertama kali, akan terpegun terlebih dahulu selama 50 tahun kerana hebat dan menakjubkannya syurga.
ALLAH S.W.T. berfirman,
“ Balasan mereka di sisi ALLAH adalah syurga ‘and, yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya…”
Hidup penuh senang lenang di dalam syurga, yang penuh dengan kenikmatan yang tidak tergambarkan, buat selama-lamanya, bukankah itu terlalu sedikit jika kita hendak bayar dengan sedikit kepayahan yang kita alami di dunia ini?
ALLAH menguji kita kerana dia hendak melihat iman kita. Dia hendak melihat adakah kita yakin dengan segala janji-janjiNya. Ada antara kita diuji dengan keputusan peperiksaan yang jatuh merudum walaupun telah berusaha, ada yang diuji dengan kehilangan orang yang tersayang, ada yang diuji dengan kemalangan yang teruk, ada yang diuji dengan kesempitan wang dan pelbagai lagi jenis ujian, jika kita perhatikan, semua ujian itu adalah untuk melihat apakah kita ini mampu mempertahankan iman kita dari roboh, apakah kita ini terus yakin dengan segala janji-janji ALLAH, apakah kita ini tidak berputus asa dari rahmat ALLAH?
Saya teringat sebuah kisah yang saya baca ketika saya kecil dahulu, di dalam buku cerita-cerita israiliyyat,
Cerita itu menyebut tentang kisah dua orang nelayan. Seorang menebar jalanya dengan menyebut basmalah, seorang lagi menebar jalanya dengan menyebut nama berhala. Namun apabila diangkat, yang membaca berhala mendapat banyak ikan, sedangkan yang menyebut nama ALLAH langsung tidak mendapat ikan.
Malaikat yang melihat peristiwa ini bertannya kepada ALLAH, mengapa jadi begitu, sedangkan yang mendapat ikan banyak itu menyekutukan ALLAH, dan yang mendapat ikan sedikit itu beriman kepadaNya.
ALLAH menyatakan bahawa, DIA menguji yang beriman itu di dunia ini kerana DIA hendak memberikan kesenangan yang lebih besar dan selama-lamanya kepadanya di akhirat nanti, manakala yang menyekutukannya itu, dia akan merana selama-lamanya di akhirat nanti dengan dilemparkan ke dalam neraka, maka apalah sangat sejala ikan dengan seksaan yang menanti itu.
Maka marilah kita bermuhasabah, Sebab itulah jika kita lihat-lihat semula, ada satu kata-kata pujangga yang berbunyi,
“ ujian itu tanda kasih sayang ALLAH pada hambaNYa”
Ya, ALLAH menguji kita, tanda DIA sayang kepada kita. Apabila kita diuji, diri kita biasanya akan mencari tempat berpaut, maka sebaik-baik tempat berpaut dan meminta sokongan adalah ALLAH. Orang yang beriman, apabila diuji, makin meningkat imannya kepada ALLAH S.W.T. Justeru ujian itu adalah tanda kasih sayang ALLAH kepada kita. Kita perlu yakin, memperkuatkan iman kita, dan bersangka baik kepada ALLAH setiap masa.
Justeru mari kita sama-sama bermuhasabah. Apakah kita bersedia untuk diuji lagi?
Ingatlah bahawa kesenangan dan kehidupan itu sendiri adalah satu ujian.
Manusia diuji setiap masa.
Kerana cagaran syurga adalah iman.
Dan rahmat ALLAH itu melimpah kepada kita atas dasar keimanan kita kepadaNya.

Perdebatan antara Imam Abu Hanifah dan Dahri Soal Ketuhanan



Pada suatu ketika, kota Baghdad didatangi oleh seorang pendakyah Yahudi bernama Dahri. Kedatangannya mencetuskan kegemparan dikalangan umat Islam. Dahri cuba merosakkan pegangan umat Islam dengan membahaskan soal-soal yang berhubung kait denngan ketuhanan. Dicabarnya para ulama Baghdad untuk berdebat dengannya.

Setiap kali cabarannya disahut, hujah-hujah Dahri tidak pernah dapat dipatahkan sehingga akhirnya tidak ada lagi ulama Baghdad dan ulama-ulama disekitarnya yang sanggup berhadapan dengannya.
Dari kejadiannya ini, tahulah Khalifah bahawa Baghdad sudah ketiadaan ulama yang benar-benar berwibawa dan tinggi ketaqwaannya.

Lalu Khalifah memerintahkan beberapa orang menteri meninjau ke daerah lain, kalau-kalau masih ada ulama yang boleh dibawa berdepan dengan Dahri.

Akhirnya wakil Khalifah menemui Imam Hammad bin Abi Sulaimann Al-Asy ari, seorang ulama yang tidak kurang juga ketokohannya. Khalifah memerintahkan supaya hari perdebatan antara Imam Hammad dan Dahri disegerakan. Dan majlis bersejarah itu mesti dibuat di Masjid Jamek di tengah-tengah kota Baghdad.

Sehari sebelum pertemuan itu lagi, Masjid Jamek telah penuh sesak dengan orang ramai. Masing-masng menaruh harapan agar Imam Hammad berjaya menumbangkan Dahri kerana beliaulah satu-satunya ulama yang diharapkan.

“Subhanallah…. Subhanallah …. Walauhaulawala quwwata illa billahi aliyyil azim….!” Lidah Imam Hammad terus melafazkan kalimat mensucikan segala tohmahan yang tidak layak bagi Zat yang Maha Agung. Dia beristighfar terus. Rasanya dah tidak sanggup telinganya menadah bermacam tohmahan yang dilemparkan oleh Dahri yang biadab dan matarialis itu.

Mempertikaikan KeEsaan Allah SWT bukanlah perkara kecil dalam Islam. Ini kes berat! Hatinya cukup pedih. Roh ketauhidannya bergelora. Mahu rasanya dipengal leher si Dahri yang angkuh itu di depan ribuan mata yang turut hadir dalam majlis itu.

Keesokannya, pagi-pagi lagi muncul Abu Hanifah, murid Imam Hammad yang paling rapat dan yang paling disayanginya. Namanya yang sebenar ialah Nu’man, yang ketika itu usiannya masih lagi remaja. Bila ternampak keadaan gurunya itu, Abu Hanifah pun bertanya untuk mendapat kepastian.

Lalu Imam Hammad menceritakan keadaan yang sebenar. Dalam pada itu teringat Hammad akan mimpinya malam tadi, lalu dikhabarkan kepada muridnya itu. Abu Hanifah mendengarnya dengan penuh khusyuk. “… Aku bermimpi ada sebuah dusun yang amat luas lagi indah. Di sana kulihat ada sepohon kayu yand rendang dan lebat buahnya. Tiba-tiba, di situ keluar seekor khinzir dari hujung sebuah kampung. Lalu habis dimakannya buah-buahan yang masak ranum dari pokok itu. Hingga ke daun dan dahan-dahannya habis dimakan. Yang tinggal cuma batangnya sahaja. Dalam pada itu juga keluar seekor harimau daripada umbi pohon rendang tadi lalu menerkam khinzir itu dengan gigi dan kukunya yang tajam. Lalu, khinzir tadi mati di situ juga.

Hammad termenung seketika. Kekalutan pemikiran yang telah dicetuskan Dahri, yang boleh mengugat pegangan aqidah umat ini, tidak boleh di biarkan. Mesti dihapuskan segera. Wajahnya yang tenang bagai air sungai yang mengalir jernih, masih nampak bercahaya walau di saat sebegitu genting. Satu kelebihan Abu Hanifah ialah beliau juga dikurniakan Allah ilmu mentafsir mimpi, sebagai mana nabi Allah Yusuf.

Pada pengamatannya juga, mimpi tersebut akan memberi petanda baik bahawa si Dahri pasti akan menerima padahnya nanti. Dan setelah mendapat keizinan gurunya, dia pun cuba mentafsirnya: ” Apa yang tuan lihat dalam mimpi tuan sebagai dusun yang luas lagi indah itu adalah tafsiran kepada agama Islam kita. Pokok yang berbuah lebat itu adalah tafsiran kepada sekalian ulamannya. Manakala sepohon kayu yang masih tinggal itu adalah tuan sendiri. Dan khinzir yang tiba-tiba muncul dan merosakkan pohon tersebut ialah si Dahri. Manakala harimau yang keluar lalu membunuh khinzir tadi… adalah saya…” jelas Abu Hanifah.

Beliau juga memohon izin untuk membantu gurunya berdepan dengan si Dahri. Betapa gembiranya hati Iman Hammad bila tercetusnya hasrat itu dari hati muridnya sendiri. Maka berangkatlah ilmuan budak itu bersama gurunya untuk pergi ke Masjid Jamek di mana majlis dialog akan diadakan yang dihadiri oleh orang ramai dan Khalifah.

Seperti biasanya, sebelum menyampaikan dakyahnya, Dahri akan mencabar dan memperleceh-lecehkan ulama dengan bersuara lantang dari atas pentas. ” Hai Dahri, apalah yang digusarkan.
Orang yang mengetahuinya pasti menjawabnya!”

Tiba-tiba suara Abu Hanifah memeranjatkan Dahri dan menyentakkan kaum Muslimin yang hadir. Dahri sendiri terkejut. Matanya memandang tajam mata Abu Hanifah. ” Siapa kamu hai anak muda? Berani sungguh menyahut cabaranku… Sedangkan ulama yang hebat-hebat, yang berserban dan berjubah labuh telah ku kalahkan…!” Lantang suara Dahri membidas Abu Hanifah.

” Wahai Dahri,” balas Abu Hanifah,” sesungguhnya Allah tidak mengurniakan kemuliaaan dan kebesaran itu pada serban atau jubah yang labuh. Tetapi Allah mengurniakan kemuliaan kepada orang-orang yang berilmu dan bertawa.” Abu Hanifah lalu membacakan sebuah firman Allah SWT yang bermaksud: ” Allah telah meninggikan darjat orang beriman dan berilmu antara kamu beberapa darjat.
” ( Al-Mujadalah : 11 )

Geram rasanya hati Dahri mendengarnya kepetahan lidah pemuda ini berhujah. Maka berlangsunglah majlis dialog. perdebatan antara Abu Hanifah dengan tokoh Ad- dahriayyah, yang terkenal dengan pemikiran materialisdan ateisnya itu, berlangsung dengan mendebarkan.

Benarkah Allah itu wujud?,” soal Dahri memulakan majlis dialognya.
Bahkan Allah memang wujud,” tegas Abu Hanifah.
Kalau Allah maujud (wujud), di manakah tempatnya..??” Suara Dahri semakin meninggi.
Allah tetap wujud tetapi dia tidak bertempat!” jelas Abu Hanifah.
“Hairan, kau kata Allah itu wujud, tetapi tidak bertempat pula…?” bantah Dahri sambil melemparkan senyuman sinisnya kepada hadirin.
“Ah, itu senang sahaja wahai Dahri. Cuba kau lihat pada dirimu sendiri. Bukankah pada dirimu itu ada nyawa…” Abu Hanifah mula berhujah. Orang ramai mula memerhatikan gaya ilmuan muda ini berpidato dengan penuh minat.

“Bahkan, memang aku ada nyawa, dan memang setiap makhluk yang bernafas itu ada nyawa…!” sahut Dahri. “Tetapi adakah kau tahu di manakah letaknya nyawa atau rohmu itu…? Dikepalakah, diperutkah atau adakah dihujung tapak kakimu..?” Terserentak Dahri seketika.

Orang ramai mula berbisik-bisik sesama sendiri. Setelah itu Abu Hanifah mengambil pula segelas susu lalu ditunjukkan pada Dahri, seraya berkata: ” Adakah dalam air susu ini ada terkandung lemak…?”

Pantas Dahri menjawab, “Ya, bahkan!” Abu Hanifah bertanya lagi, “Kalau begitu dimanakah lemak itu berada…? Di bahagian atasnyakah atau dibawahkah…?”

Sekali lagi Dahri terserentak, tidak mampu menjawab pertanyaan Abu Hanifah yang petah itu. “Untuk mencari dimanakah beradanya roh dalam jasad dan tersisip dimanakah kandungan lemak dalam air susu ini pun kita tidak upaya, masakan pula kita dapat menjangkau dimanakah beradanya Zat Allah SWT di alam maya ini? Zat yang telah mencipta dan mentadbir seluruh alam ini termasuk roh dan akal dangkal kita ini, pun ciptaan-Nya, yang tunduk dan patuh di bawah urusan tadbir kerajaan-Nya Yang Maha Agung…!”

Suasana menjadi agak bingar. Dahri terpaku di kerusi. Terbungkam lidahnya. Merah mukanya. Kesabarannya mula terburai. Bila keadaan agak reda, Dahri membentangkan soalan. “Hai anak muda! Apakah yang wujud sebelum Allah. Dan apa pula yang muncul selepas Dia nanti…”
Semua mata tertumpu pada Abu Hanifah, murid Imam Hammad yang pintar ini.

“Wahai Dahri! Tidak ada suatu pun yang wujud sebelum Allah Taala dan tidak ada sesuatu jua yang akan muncul selepas-Nya. Allah SWT tetap Qadim dan Azali. Dialah yanng Awal dan Dialah yang Akhir”, tegas Abu Hanifah, ringkas tapi padat.

“Pelik sungguh! Mana mungkin begitu…. Tuhan Wujud tanpa ada permulaan Nya? Dan mana mungkin Dia pula yang terakhir tanpa ada lagi yang selepas Nya….?” Dahri cuba berdalih dengan minda logiknya.

Dengan tersenyum Abu Hanifah menjelaskan, “Ya! Dalilnya ada pada diri kamu sendiri. Cuba kau lihat pada ibu jari mu itu. Jari apakah yang kau nampak berada sebelum jari ini..?” Sambil menuding ibu jarinya ke langit. Dan beberapa hadirin turut berbuat demikian. “Dan pada jari manis kau itu, ada lagikah jari yang selepasnya…”

Dahri membelek-belek jarinya. Tidak terfikir dia persoalan yang sekecil itu yang diambil oleh Abu Hanifah. “Jadi…! Kalaulah pada jari kita yang kecil ini pun, tidak mampu kita fikir, apatah lagi Allah SWT Zat Yang Maha Agung itu, yang tiada suatu pun yang mendahului-Nya dan tiada sesuatu yang kemudian selepas-Nya.

Sekali lagi Dahri tercengang. Bungkam. Namun masih tidak berputus asa untuk mematahkan hujah anak muda yang telah memalukannya di khalayak ramai. Khalifah memerhatikan sahaja gelagat Dahri dengan penuh tanda tanya. Dahri berfikir seketika, mencari jalan, mencari idea. Semacam suatu ilham baru telah menyuntik mindanya, iapun tersenyum. Hati Dahri bergelodak bagai air tengah menggelegak.

“Ini soalan yang terakhir buat mu, hai.. budak mentah!” Sengaja Dahri mengeraskan suaranya agar rasa malunya itu terperosok. “Allah itu ada, kata mu.
Ha! apakah pekerjaan Tuhan mu ketika ini ?”

Soalan tersebut membuat Abu Hanifah tersenyum riang. “Ini soalan yang sungguh menarik. Jadi kenalah dijawab dari tempat yang tinggi supaya dapat didengar oleh semua orang,” Katanya. Pemuda ideologi Ad- Dahriyyun yang sedari tadi mentalitinya dicabar terus, berjalan turun meninggalkan mimbar masjid Jamek, memberi tempat untuk Abu Hanifah:

“Wahai sekelian manusia. Ketahuilah bahawa kerja Allah ketika ini ialah menggugurkan yang bathil sebagaimana Dahri yang berada di atas mimbar, diturunkan Allah ke bawah mimbar. Dan Allah juga telah menaikkan yang hak sebagaimana aku, yang berada di sana, telah dinaikkan ke atas mimbar Masjid Jamek ini… !”

Bagai halilintar, hujah Abu Hanifah menerjah ke dua-dua pipi Dahri. Seiring dengan itu bergemalah pekikan takbir dari orang ramai. Mereka memuji-muji kewibawaan Abu Hanifah yang telah berjaya menyelamatkan maruah Islam dari lidah Dahri yang sesat lagi menyesatkan itu. Sehingga ke hari ini, nama Imam Abu Hanifah terus dikenali keserata dunia sebagai seorang Fuqaha dan salah seorang daripada Imam Mujtahid Mutlak yang empat. Kemunculan Mazhab Hanafi dalam fiqh Syar’iyyah, juga mengambil sempena nama ulama ini.

Kesimpulannya, sebagai umat Islam kita harus peka persoalan-persoalan yang sering dipermainkan dan diajukan oleh orang bukan Islam untuk mengelirukan fahaman kita. Dengan adanya artikel ini sedikit sebanyak dapat kita mengetahui persoalan mengenai keesaan Allah Taala.

Sumber: iluvislam.com

"Mengapa Saya Masuk Islam?"- Yusuf Islam


Saya dilahirkan dalam sebuah rumah yang penghuninya beragama Kristian. Diajar bahawa tuhan itu wujud, tetapi kita tidak ada hubungan secara langsung dengan tuhan. Lantas kita perlu mewujudkan satu cara untuk menghubunginya, iaitu melalui Jesus. Dan apabila mereka mengatakan yang tuhan itu tiga, saya menjadi lebih bingung tetapi saya tidak mampu membantah atau membahaskannya.

Namun, sedikit demi sedikit, saya mendapati diri semakin jauh daripada pendidikan yang berbentuk agama ini.

Saya mula mencipta muzik dan mahu menjadi seorang bintang terkenal. Akhirnya, saya berjaya menjadi seorang yang sangat terkenal. Pada waktu itu, saya berusia belasan tahun tapi nama dan gambar terpampang di semua bentuk media.

Mereka membuat saya lebih besar dan kerana itu saya juga mahu hidup dengan cara yang lebih besar daripada hidup yang sebenarnya, dan satu-satunya cara untuk mendapatkannya ialah dengan menikmati arak dan dadah.

Selepas setahun berjaya menikmati kemewahan dan hidup secara high, saya sakit teruk dijangkiti penyakit TB dan perlu dirawat di hospital.

Kemudian, tiba satu ketika apabila saya rasa agama Buddha itu nampak baik dan mulia, tetapi saya masih belum bersedia menjadi seorang sami Buddha dan memisahkan diri daripada masyarakat sepenuhnya.

Saya mencuba pula Zen dan Ching, numerologi, kemudian kad-kad pakau dan astrologi. Saya cuba membuka semula kitab Bible tetapi tidak menjumpai apa-apa. Pada waktu itu, saya masih tidak tahu sesuatupun tentang Islam.

Titik Permulaan

Kemudian satu keajaiban berlaku. Abang saya melawat sebuah masjid di Jerusalem. Dia begitu kagum dengannya. Masjid itu dirasakan penuh dengan kehidupan (tidak seperti gereja-gereja dan rumah-rumah biara yang dirasakan kosong), aman dan tenang.

Dia memberikan saya senaskah terjemahan al-Quran yang dibawanya dari sana. Dia tidak pula menjadi seorang Muslim tetapi dia dapat merasakan yang ada sesuatu dalam agama itu, dan dia fikir mungkin saya akan menjumpai sesuatu juga.

Apabila saya terima kitab itu, saya mendapat petunjuk yang bakal menerangkan segala-galanya kepada saya - siapa diri saya, apakah tujuan hidup di dunia, apakah sebenarnya hakikat hidup dan apakah hakikat yang akan berlaku, dan di mana saya datang.

Saya sedar bahawa inilah agama yang benar; agama yang bukan dalam erti kata yang difahami oleh Barat, bukan agama yang hanya berguna untuk masa tua anda. Perkara pertama yang ingin saya lakukan pada waktu itu ialah menjadi seorang Muslim. Pada tahap ini juga, saya mula menemui keyakinan.

Saya merasakan sudah pun menjadi seorang Muslim. Apabila saya membaca kitab al-Quran itu, barulah saya sedar bahawa kesemua para nabi yang diutus Allah itu membawa ajaran yang sama.

Lantas, mengapakah penganut Kristian dan Yahudi saling tidak sefahaman? Sekarang saya tahu bagaimana orang Yahudi tidak mahu menerima Jesus sebagai utusan Tuhan dan mereka juga telah menukar ayat-ayat Tuhan.

Penganut Kristian salah faham akan ayat-ayat Tuhan dan menganggap Jesus anak Tuhan. Kesemuanya masuk akal dan begitu mudah difahami. Inilah keindahan al-Quran. Ia membuat anda berfikir dan mencari jawapan, dan tidak menyembah matahari atau bulan tetapi Tuhan yang Esa yang telah menciptakan segala-galanya.

Apabila saya lebih banyak membaca kitab al-Quran, ia menceritakan pula tentang sembahyang, sifat pemurah dan sifat suka berbuat baik. Saya masih belum menjadi seorang Islam lagi, tetapi saya sudah dapat merasakan bahawa satu-satunya jawapan untuk saya ialah al-Quran; bahawa Tuhan telah menghantarnya kepada saya, dan saya menyimpannya sebagai satu rahsia.

Tetapi al-Quran itu juga berkata-kata pada beberapa peringkat yang berlainan. Saya mula memahaminya pada peringkat yang lain pula. Al-Quran mengatakan, "Mereka yang beriman tidak menjadikan orang kafir sebagai temannya dan orang beriman itulah saudaranya."Pada tahap itulah, timbul keinginan saya untuk bertemu dengan saudara-saudara selslam.

Melawat Jerusalem

Saya melawat Jerusalem (sepertimana yang dilakukan abang saya). Di Jerusalem, saya masuk ke dalam masjid dan duduk. Seorang lelaki datang menghampiri dan bertanya apa yang saya mahu. Saya beritahu dia yang saya seorang Muslim. Dia bertanya lagi, apakah nama saya. Saya jawab, "Stevens". Dia kelihatan keliru. Setelah itu, saya menyertai sembahyang berjemaah, walaupun tidak begitu menjadi.

Peristiwa ini berlaku pada tahun 1977, lebih kurang satu setengah tahun selepas saya menerima al-Quran daripada abang saya.

Lantas, pada satu hari Jumaat, iaitu selepas menunaikan sembahyang Jumaat, saya pergi bertemu imam Masjid New Regent dan melafazkan syahadah di tangannya.

Saya telah menjadi seorang yang memiliki kemasyhuran dan kemewahan. Tetapi saya begitu sukar mendapatkan petunjuk, walau bersungguh-sungguh saya cuba mendapatkannya, sehinggalah saya ditunjukkan dengan al-Quran.

Sekarang saya sedar bahawa saya boleh berhubung secara langsung dengan Tuhan, tidak perlu menggunakan perantara. Islam mengangkat semua halangan ini.

Saya tidak pernah berjumpa orang Islam sebelum saya memeluk agama suci ini. Saya lebih dahulu membaca al-Quran dan menyedari bahawa tidak ada manusia yang sempurna di dunia ini.

Hanya Islam yang sempurna, dan sekiranya kita semua meniru akhlak Rasulullah s.a.w., kita akan berjaya.

Moga-moga Allah memberikan kita petunjuk dan hidayah-Nya untuk menuruti jejak langkah Rasulullah s.a.w.. Amin!

Taubat Nasuha


Bagi mencapai taubat yang sebenar ini adalah seperti berikut :-

1) Bertaubat yang timbul dari ilmu dan kesedaran Islam dan bukan kerana desakan luaran. Jika belum ketemui ilmu itu, cari dan bacalah sedalamnya agar taubat ini lahir dari ilmu dan iman, bukannya yang lain.

Imam Al Bukhari menyebut tentang keperluan sesuatu amal dan ibadah termasuklah taubat yang diakari oleh ilmu di dalam shahihnya hingga dibuat satu bab khas bertajuk : Bab: "Ilmu Sebelum Beramal".

Beliau menyebut firman Allah SWT berikut sebagai dalil keperluan ini-

"Maka ketahuilah, bahwa sesungguhnya tidak ada Tuhan (Yang Hak) melainkan Allah dan mohonlah ampunan bagi dosamu dan bagi (dosa) orang-orang mukmin, laki-laki dan perempuan. Dan Allah mengetahui tempat kamu berusaha dan tempat tinggalmu."
-(Muhammad: 19)

Jelas disebut di dalam ayat berkenaan didahulukan perintah untuk berilmu dari perintah untuk beristighfar dan taubat.

Al-Qusyairi berkata dalam kitabnya "Risalah Qusyairiah": Taubat yang pertama adalah: bangunnya hati dari kelalaian, serta sang hamba melihat keadaan yang buruk akibat dosa yang ia lakukan. Dan itu akan mendorongnya untuk mengikuti dorongan hati nuraninya agar tidak melanggar perintah Allah SWT. Kerana dalam khabar disebutkan: "penasihat dari Allah SWT terdapat dalam hati setiap orang muslim".
-(Riwayatkan Ahmad dari An Nuwas bin Sam'an).

Dan dalam hadith: "Sesungguhnya di dalam tubuh terdapat segumpal daging, jika ia baik, maka baiklah seluruh tubuh, dan jika ia rusak, maka rusaklah seluruh tubuh, ketahuilah itulah hati".
- (Hadis muttafaq alaih dari Nu'man bin Basyir).

Jika hatinya merenungkan keburukan perbuatannya, serta ia menyedari dosa-dosa yang ia perbuat itu, nescaya dalam hati akan terdetik keinginan untuk bertaubat, dan menjauhkan diri dari melakukan perbuatan maksiat itu. Kemudian Allah SWT akan membantunya dengan menguatkan tekadnya itu, melakukan tindakan pemulihan atas dosa-dosanya, serta melakukan perbuatan-perbuatan yang diperlukan dalam taubat.
- (Risalah Qusyairiah dengan tahqiq Dr. Abdul Halim Mahmud, dan Dr. Mahmud bin Syarif, (1/ 254, 255)


2) Bersangka baik bahawa Allah akan mengampunkan dosa yang telah terlanjur itu.

Firman Allah :- Katakanlah: "Hai hamba-hamba-Ku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dialah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."
- (Az-Zumar: 53)


3) Segera menangisi dosa yang telah anda lakukan dengan benar-benar keinsafan. Anda perlu menitiskan air mata untuk ini, air mata insaf dan bukan dibuat-buat.


4) Berazam kukuh di dalam hati agar tidak lagi ingin kembali mengulangi dosa itu.
Dr Yusof Al-Qaradawi menyebut : "Yang terpenting dalam masalah azam dan tekad ini adalah agar azam itu kuat dan betul-betul, saat bertaubat. Dengan tanpa disertai oleh keraguan atau kerinduan untuk kembali melakukan dosa/kemaksiatan, atau juga berpikir untuk mengerjakannya kembali. Taubat itu tidak batal jika suatu saat tekadnya itu sedikit melemah kemudian ia terlena oleh dirinya, tertipu oleh syaitan sehingga ia terlanjur, dan kembali melakukan dosa/kemaksiatan."
- (At-Taubatu Ilallah, Al-Qaradawi)

Imam Ibnu Katsir berkata: "Sedangkan jika ia bertekad untuk bertaubat dan memegang teguh tekadnya, maka itu akan menghapuskan kesalahan-kesalahannya pada masa lalu. Seperti terdapat dalam hadis sahih "Islam menghapuskan apa yang sebelumnya, dan taubat menghapuskan dosa yang sebelumnya".


5) Wajib menjauhkan diri dari mendekati apa jua situasi yang boleh membawa ke arah kemaksiatan/dosa.


6) Berterusan taubat (selagi belum rasa hilang bersalah). Firman Allah SWT: "Sesungguhnya taubat di sisi Allah hanyalah taubat bagi orang-orang yang mengerjakan kejahatan lantaran kejahilannya yang kemudian mereka bertaubat dengan segera, maka mereka itulah yang diterima Allah taubatnya".
- ( An-Nisa : 17)




7) Mempergandakan amal soleh, berdasarkan firman Allah : "Kecuali orang-orang bertaubat, beriman dan mengerjakan amal soleh; maka kejahatan mereka diganti Allah dengan kebajikan. Dan Allah maha pengampun lagi penyayang".
- ( Al-Furqaan : 70 ).


Justeru, banyakkan bersedekah, mengajar orang lain, kenalan dan sebagainya agar menjauhi dosa/kemaksiatan dan menyedarkan sesiapa jua yang mampu, tentang dosanya. Berbekalkan pahala kebaikan ini diharap ianya dapat menutup dan memadamkan dosa-dosa.

penghulu Istighfar


Teguhkan Pendirianmu~




yang mana baik dan yang mana buruk

sering dipertikaikan......

tidakkah ia perkara yang mudah?

sehingga ada yang melanggar perintah agama!

katanya," agamu, agamaku jua!"

"tidak perlu dinasihati.."

"kerana pada akhirnya semuanya akan ke syurga!"

berkata memang mudah..

tapi pada zahirnya...

masih kufur terhadap perintah agama..

Kenapa tak sembahyang?

Jawabnya, " Masih ada waktu.."

Jangan sudah terlambat, baru mahu insaf..

Sebelum sekujur badan menjadi kaku..

disolatkan oleh para jemaah...

di waktu itu....

hanya amal yang dibawa...

bukan pangkat!

bukan rupa paras...

dan bukan harta kemewahan..

hanya perjanjian di saat akhir...

antara kamu dan alam barzakh..

saksi pertemuan..

antara kamu dan para Malaikat..

"Siapakah tuhanmu?" "Ma Rabbuka?"

"Allah tuhanku!""Allahu Rabbi!"

Selamatlah kamu jika amal baikmu banyak..

"Bagaimana pula yang banyak amal jahatnya?"

Pastinya tersungkur pada saat akhirnya...

Tiada guna hidup jika tidak beramal..

Pasti azab menimpa kamu...

Yang mana baik dan mana buruk..

Harus diteliti..

Bukan menjadi seorang alim ulama terkenal..

tetapi sebagai seorang yang bijak..

dalam menentukan arah tuju..

selepas saat kematianmu...

Saat akhir akan tiba.


Di saat aku termenung...

tetiba melihat siaran berita yang sungguh menyayatkan hati

hatiku berbisik..

"bancana alam sering sahaja berlaku? di jepun. Tsunami? tidak sudahkah lagi peperangan?"

tanpa henti-henti dunia kita berporak-peranda

seolah ia menjadi suatu petanda...

buat mereka yang beriman ataupun lapang dadanya..

mereka pasti ianya membawa petanda

bahawa dunia ini tidak lama lagi untuk didiami

oleh seluruh kalian makhluk

penciptanya sudah menjanjikan

saat akhir akan tiba

di mana yang tenang menjadi kelam

yang tenteram menjadi haru-biru

semuanya musnah berkecai

seperti tertulis dalam kitab suci

Al-Quran al-Karim

Apabila peristiwa ( kiamat ) telah terjadi, maka tiada seorang pun yang mendustakan kejadiannya, ketika itu ada orang yang rendah hina, kafir dan ada yang tinggi mulia, mukmin. apabila bergoncang bumi dengan sesungguh-sungguh goncangan. dan hancur gunung-gunung dengan sehancur-hancurnya, sehingga ia menjadi debu yang berterbangan dan ketika itu kamu ada tiga puak.

Dan begitulah akan tetjadi pada pengakhirannya...

bagi yang menyayangi Islam...

luangkan masamu untuk beramal

nasihatilah mereka yang masih leka..

kerana kita bersaudara..

kerana kita satu umat..

kerana kita satu moyangnya, Nabi Adam

kerana kita satu ketuanya, Nabi Muhammad SAW

kerana kita satu penciptanya, Allah yang maha Esa

Jangan nafikannya... jangan menidakkan ia..

Allah perhatikan tingkah lakumu..

Adakah kamu masih lagi melanggar perintah-Nya

Segeralah bertaubat...

Pohonlah kemaafan dari yang maha Esa..

Sementara jasad masih lagi bernyawa..

Kerana Allah maha Agung dan Maha Berkuasa..

Maha Pengampun Lagi Maha Penyayang..

Ia tetap mengampunkan hambanya yang bertaubat..

Jangan pada saat kematianmu..

menjadi satu celaka..

maka nerakalah pada akhirnya....

Sebarkanlah nasihat ini kpd seluruh umat Islam sbagai peringatan kpd mereka....Mirullifestory.XD





Tazkirah dan Ceramah mp3- dengar dan muat turun percuma!

Thursday, December 04th, 2008 | Author:
Tajuk : Cintai Islam
Panjang ceramah : 15Minit 18 Saat
Saiz file : 1.75 Mb
Download Download Ceramah Dato Harun Din - Cintai Islam (3476)


Monday, December 01st, 2008 | Author:
Tajuk : Ikuti Para Ulama
Panjang ceramah : 1 Jam 9 Minit 39 Saat
Saiz file : 7.97 Mb
Download Dato Ustaz Harun Din - Ikuti Para Ulama (2460)


Saturday, November 29th, 2008 | Author:
Tajuk : Islam Dan Sekularisme
Panjang ceramah : 1 Jam 1 Minit 11 Saat
Saiz file : 7.00 Mb
Download Dato Ustaz Harun Din - Islam Dan Sekularisme (1533)


Friday, November 28th, 2008 | Author:
Tajuk : Islam Is The Way Of Life Bahagian 1
Panjang ceramah : 45 Minit 30 Saat
Saiz file : 5.20 Mb
Download Dato Ustaz Harun Din - Islam Is The Way Of Life Bahagian 1 (1111)

Tajuk : Islam Is The Way Of Life Bahagian 2
Panjang ceramah : 34 Minit 59 Saat
Saiz file : 4.00 Mb
Download Dato Ustaz Harun Din - Islam Is The Way Of Life Bahagian 2 (913)



Thursday, April 24th, 2008 | Author:
Tajuk : Hidup matiku kerana Allah SWT
Panjang ceramah : 1 Jam 1 Minit 49 Saat

Saiz file : 7.07 Mb
Download 
Dato Ustaz Harun Din - Hidup matiku kerana Allah SWT (4117


Saturday, April 12th, 2008 | Author:
Zikir daripada Ustaz Aqeel Hayy. Sama-samalah kita menghayati sentuhan zikrullah..
Tajuk : Sentuhan zikrullah
Panjang ceramah : 45 Minit 58 Saat

SAiz file : 5.26Mb
Download 
Ustaz Aqeel Hayy - Sentuhan zikrullah (3935)
Wednesday, April 09th, 2008 | Author:
Budaya liar budaya rock dan rap dari barat yang songsang dibiarkan berkembang biak dan menular dimerata pelusuk negara – tambah-tambah lagi di KL dan di sekitar Lembah Kelang.
Di media-media tv sudah cukup membuktikan yang pihak penyiaran kita sentiasa ‘favour’ akan hiburan-hiburan irama rock & rap – baik di tv mahupun di radio. Artis-artis rock & rap sering mendapat tempat dalam slot-slot hiburan dalam pelbagai jenis program hiburan di tv.
Tapi pada entri saya kali ini, saya ingin memperdengarkan kepada para pembaca dan pendengar satu ceramah juga daripada Ustaz Aqeel Hayy. Menceritakan mengenai budaya rock dan dakwah di hari ini.
Tajuk : Rock dan dakwah
Panjang ceramah : 56 Minit 19 Saat

SAiz file : 6.45Mb
Download
Ceramah-Ustaz Aqeel Hayy-Rock & dakwah (1471)


Wednesday, April 09th, 2008 | Author:
Zina sudah menjadi perkara biasa dikalangan masyarakat kita kerana telah ujud satu keadaan dimana masyarakat sudah tidak ambil peduli lagi tentang bibit bibit salah laku yang berlaku didepan mata. Kebanyakan anggota masyarakat Melayu Muslim kita sudah tidak peka lagi terhadap gejala buruk laku dan keterlanjuran sikap oleh anak anak muda dan orang orang dewasa dikalangan umat Melayu Islam diserata pelusuk tanahair ini.
Jadi, untuk mengulas keadaan ini dengan lebih lanjut dan mengetahui apakah tanggungjawab kita terhadap perkara ini dan cara-cara untuk menunaikan tanggungjawab ini bukan sekadar untuk diri sendiri dan keluarga, malah demi agama Islam yang tercinta. Kita dengarkan ceramah yang diberi oleh Ustaz Aqeel Hayy yang bertajuk “Maksiat”

Tajuk : Maksiat
Panjang ceramah : 59 Minit 49 Saat

SAiz file : 7.013Mb
Download Ceramah-Ustaz Aqeel Hayy-Maksiat (1879